Skip to main content

Majlis Zikir Para Salik Sufi

Hadrah Zikr

            Pada coretan kali ini, ana ingin kongsikan mengenai satu tajuk yg tak asing lagi di telinga para pembaca yang budiman iaitu “Hadrah Zikr” yang menjadi amalan khusus para salik sufi dalam tarekat, ia juga sering kita dengar ada sebahagian individu dan kelompok tertentu mengistilahkannya sebagai zikir menari yang menimbulkan pelbagai kekeliruan dan bermacam-macam persepsi buruk sehinggakan ada sebahagian umat islam menganggap ia suatu amalan yang sesat. Justeru itu, ana berharap moga artikel ini dapat menjawab persoalan yg bermain di fikrah para pembaca seterusnya mengetahui hakikat sebenar sebelum menghukum dan mampu menjelaskannya kepada umat islam umumnya.

Hadrah berasal dari kalimah ‘hadhara’ yang bererti hadir. Dalam tarekat ada yang dinamakan hadrah zikr, majlis ini bertujuan mensucikan hati, meningkatkan rasa cinta terhadap Allah, Rasulullah dan masyaikh ahlillah. Sebagaimana dalam hadrah akan dihadiri para auliya’ bagi bersama memberi barakah dan nafhah. Sebagaimana maklum antara majlis yang amat dimuliakan oleh para malaikat adalah majlis zikir dan majlis ilmu yang dinyatakan Rasulullah SAW. Di zaman baginda SAW para sahabat senantiasa mengadakan majlis ilmu dan juga majlis zikir dan dinyatakan para sahabat berzikir sehingga asyik umpama pokok ditiup angin yang kencang, iaitu gerakan badan ke kiri dan kekanan dalam keasyikan zikir.
Saranan al-Quran supaya melaksanakan zikir samaada secara berdiri, duduk atau berbaring, dimana tatacara zikir adalah secara umum justeru para ulama sufi membentuk cara dan manhaj berzikir dari segi gerakan, bacaan dan tatatertib serta tatacaranya.
Kedudukan makam dan ketinggian suatu tarekat dapat dinilai pada permulaan dan penutup hadrah zikr dimana tarekat besar akan memulakan fawatih kepada Rasulullah SAW, sahabat, ahli bait, malaikat, para masyayikh besar sufi dan salsilah masyaikh. Serta qasidah yang dilagukan merupakan qasidah al’qaum’ disamping qasidah masyayikhnya.
Antara bentuk hadrah zikr Para salik tarekat berdiri betul secara saf, pembaca qasidah dan munsyid berada di depan dan ditengah halaqah zikir terdapat lampu yang selaputi kain berwarna kuning, putih dan hijau. Kesemua memejam mata sambil muraqabah dalam berzikir bagi memfokuskan hadrah zikr yang mulia.
Hadrah dimulakan dengan bacaaan fawatih kepada Rasulullah , sahabat, ahli bait , masyayikh sufi dan salsilah masyaikh. Kemudiannya munsyid akan berqasidah seterusnya akan dituruti zikir lailahillah dan Allah, Allah. Dengan gerakan yang sama dan mantap mengikut tempo dan lagu qasidah. Di dalam samar cahaya lampu bunyi zikir semakin kuat dan bertalu-tali. Para ahli hadrah semakin asyik dan zuq... hanya mereka yang merasainya dapat mengecapinya... ke kiri dan ke kanan tangan dihayun dan tubuh bergerak seterusnya ke depan dengan nafas keluar masuk dengan zikir. Semuanya tenggelam dalam kenikmatan zuq zikir,tenang dan tenteram . Gema munsyid dengan diikuti para ahli hadrah amat mengasyikkan dan mempesonakan.
Hadrah zikir merupakan antara satu amalan dalam tarekat bagi mengamalkan saranan al-Quran untuk berzikir dan berzikir secara berjemaah yang besar nafhahnya. Hanya mereka yang merasainya dapat ketahui hakikatnya. Rentak dan cara zikir pelbagai yang disusun oleh masyaikh sufi, walau apa cara ianya bermaksud menyatakan cinta kepada Allah dan Rasulullah secara mendalam dengan gerakan yang indah dan besar hikmahnya.
Mabuk cinta sebagaimana dinyanyikan kumpulan DEBU, namun hakikatnya sukar diungkapkan. Manefestasi cinta para ahli sufi begitu agung terhadap Allah dan Rasulnya... kerana agama tanpa cinta Saidina Rasulullah SAW apalah gunanya. Cinta ahli sufi merupakan cinta haq dan abadi, cinta sejati yang tidak boleh diungkapkan. Semoga para salik suci dan suci kalbunya...
Semoga nafsu dapat dimujahadahkan... dalam hadrah qasidah yang dinyanyikan mempunyai makna yang mendalam terhadap fahaman ulumuddin dan konsep mahabbah. Antaranya dinamakan Syarab al-wasl’ iaitu minuman orang yang sampai... hawa nafsu dapat dilawan hanya dengan izin Allah Taala melalui Rasulullah dan diwarisi oleh ulama mursyidin wali mursyid sebagaimana dinyatakan al-Quran. Setiap insan ingin menuju ke hadrah ketuhanan tidak boleh tidak melalui bimbingan ulama pewaris Rasulullah SAW. Bahasa dalam qasidah begitu indah dan mendalam maknanya, begitu daqiq tafsiran matannya. Sesunguhnya gerakan dalam hadrah banyak rahsianya dan segala gerakan mempunyai makna yang tersendiri dan maksudnya. Hadrah sufi iaitu gabungan qasidah, tepukan, zikir, tarik keluar nafas amat unik dan mengasyikkan yang diwarisi sejak berzaman secara warisan. Yang bermula lebih 1,400 tahun yang lalu. Semua bersuara-suara, gerakan dengan rasa kalbu (zikr) menuju Allah. Roh disegarkan dengan zikr secara beramai-ramai dan madad nazrah yang besar melalui salsilah masyaikh sehinggga Sufi pertama Saidina Rasulullah SAW.
Matlamat tarekat bagi membersihkan kalbu dan menuju keredhaan Allah bagi menjadi hambanya yang hakiki. Semoga hidup ini ada maknanya. Hadrah sufi jika dihidupkan dan disuburkan amat besar manfaatnya kalau diketahui sedangkan para malaikat amat memuliakannya dan senantiasa mencari dimana terdapatnya majlis zikr. Semoga dengan ini roh Islam kembali bersinar, ajaran batil akan mudah terhapus dan terhindar. Manfaat majlis ini akan diperoleh semua umat Islam dekat dan jauh. . ilmu dan tarbiah menjadi manhaj para ulama sufi. Kerana tarbiah amat penting disamping adab dan ilmu kalangan salik. Kerana musuh utama manusia nafsu, syaitan dan tipudaya duniawi..
Hakikat ahli sufi merupakan pewaris kepada Rasulullah, merekalah mewarisi ilmu, akal, roh dan material yang sebenar. Alam ini mesti begerak dan menari dengan seni hadrah zikir sufi dengan sebenarnya kerana melaksanakan tututan yg diajarkan al-Quran dan sunnah serta kembali kepada fitrah dan sunnatullah.....

Comments

Popular posts from this blog

Hakikat Pemakaian Niqab Bagi Muslimah

  Diedit Oleh: Ibn Dahlan Al-Hajj,Ps. "Niqab, sehelai kain yang tak relevan", demikian ungkapan seorang  mahasiswi al-Azhar, dalam presentasinya ketika majlis IKSA (Ikatan Keluarga Santri al-Ihya' Ulumiddin) Mesir, Khamis 30 Oktober 2008 yang lalu. Beliau menjelaskan: "Bukan saatnya lagi memperdebatkan hukum memakai niqab bagi wanita muslimah. Jumhur ulama telah bersepakat bahawa pemakaian niqab adalah tidak wajib menurut syariat islam. Wajah wanita bukanlah aurat, begitu juga tangannya, demikian pula suaranya. Dalam shalat yang merupakan tiang agama, wanita tidak diharuskan memakai niqab. Bahkan dalam ibadah haji, justeru diharamkan bagi wanita memakai niqab dan sarung tangan. Padahal, ketika haji dilaksanakan, percampuran lelaki dan perempuan terjadi secara besar-besaran dan di lokasi yang amat sempit. Bagi mereka yang berniqab dengan alasan mencegah fitnah dan godaan lelaki, bukankah dalam mengerjakan ibadah haji fitnah dan godaan itu lebih dikuatirkan?!&quo

THE LETTER FROM SYAITAN

This letter is from the fren of the fren of the fren of the fren of mine.. Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu .Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya .Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu

‘Mati’ sebelum Engkau Mati (Jalaluddin Rumi)

Tafsiran Muutu Qabla anta Muutu : Rumi (’Mati’ sebelum Engkau Mati) Kau sudah banyak menderita Tetapi kau masih terbalut tirai’ Karena kematian adalah pokok segala Dan kau belum memenuhinya Deritamu tak kan habis sebelum kau ‘Mati’ Kau tak kan meraih atap tanpa menyelesaikan anak tangga Ketika dua dari seratus anak tangga hilang Kau terlarang menginjak atap Bila tali kehilangan satu elo dari seratus Kau tak kan mampu memasukkan air sumur ke dalam timba Hai Amir, kau tak kan dapat menghancurkan perahu Sebelum kau letakan “mann” terakhir… Perahu yang sudah hancur berpuing-puing Akan menjadi matahari di Lazuardi Karena kau belum ‘Mati’, Maka deritamu berkepanjangan Hai Lilin dari Tiraz, padamkan dirimu di waktu fajar Ketahuilah mentari dunia akan tersembunyi Sebelum gemintang bersembunyi Arahkan tombakmu pada dirimu Lalu ‘Hancurkan’lah dirimu Karena mata jasadmu seperti kapas di telingamu… Wahai mereka yang memiliki ketulusan… Jika ingin terbuka ‘tirai’ Pilihlah