Hadrah Zikr Pada coretan kali ini, ana ingin kongsikan mengenai satu tajuk yg tak asing lagi di telinga para pembaca yang budiman iaitu โHadrah Zikrโ yang menjadi amalan khusus para salik sufi dalam tarekat, ia juga sering kita dengar ada sebahagian individu dan kelompok tertentu mengistilahkannya sebagai zikir menari yang menimbulkan pelbagai kekeliruan dan bermacam-macam persepsi buruk sehinggakan ada sebahagian umat islam menganggap ia suatu amalan yang sesat. Justeru itu, ana berharap moga artikel ini dapat menjawab persoalan yg bermain di fikrah para pembaca seterusnya mengetahui hakikat sebenar sebelum menghukum dan mampu menjelaskannya kepada umat islam umumnya. Hadrah berasal dari kalimah โhadharaโ yang bererti hadir. Dalam tarekat ada yang dinamakan hadrah zikr, majlis ini bertujuan mensucikan hati, meningkatkan rasa cinta terhadap Allah, Rasulullah dan masyaikh ahlillah. Sebagaimana dalam hadrah ...
...โTak layak bertutur agama, bila nurani kering asmara dan kebencian masih bertenggek di dadaโ...