Skip to main content

Majlis Zikir Para Salik Sufi

Hadrah Zikr

            Pada coretan kali ini, ana ingin kongsikan mengenai satu tajuk yg tak asing lagi di telinga para pembaca yang budiman iaitu โ€œHadrah Zikrโ€ yang menjadi amalan khusus para salik sufi dalam tarekat, ia juga sering kita dengar ada sebahagian individu dan kelompok tertentu mengistilahkannya sebagai zikir menari yang menimbulkan pelbagai kekeliruan dan bermacam-macam persepsi buruk sehinggakan ada sebahagian umat islam menganggap ia suatu amalan yang sesat. Justeru itu, ana berharap moga artikel ini dapat menjawab persoalan yg bermain di fikrah para pembaca seterusnya mengetahui hakikat sebenar sebelum menghukum dan mampu menjelaskannya kepada umat islam umumnya.

Hadrah berasal dari kalimah โ€˜hadharaโ€™ yang bererti hadir. Dalam tarekat ada yang dinamakan hadrah zikr, majlis ini bertujuan mensucikan hati, meningkatkan rasa cinta terhadap Allah, Rasulullah dan masyaikh ahlillah. Sebagaimana dalam hadrah akan dihadiri para auliyaโ€™ bagi bersama memberi barakah dan nafhah. Sebagaimana maklum antara majlis yang amat dimuliakan oleh para malaikat adalah majlis zikir dan majlis ilmu yang dinyatakan Rasulullah SAW. Di zaman baginda SAW para sahabat senantiasa mengadakan majlis ilmu dan juga majlis zikir dan dinyatakan para sahabat berzikir sehingga asyik umpama pokok ditiup angin yang kencang, iaitu gerakan badan ke kiri dan kekanan dalam keasyikan zikir.
Saranan al-Quran supaya melaksanakan zikir samaada secara berdiri, duduk atau berbaring, dimana tatacara zikir adalah secara umum justeru para ulama sufi membentuk cara dan manhaj berzikir dari segi gerakan, bacaan dan tatatertib serta tatacaranya.
Kedudukan makam dan ketinggian suatu tarekat dapat dinilai pada permulaan dan penutup hadrah zikr dimana tarekat besar akan memulakan fawatih kepada Rasulullah SAW, sahabat, ahli bait, malaikat, para masyayikh besar sufi dan salsilah masyaikh. Serta qasidah yang dilagukan merupakan qasidah alโ€™qaumโ€™ disamping qasidah masyayikhnya.
Antara bentuk hadrah zikr Para salik tarekat berdiri betul secara saf, pembaca qasidah dan munsyid berada di depan dan ditengah halaqah zikir terdapat lampu yang selaputi kain berwarna kuning, putih dan hijau. Kesemua memejam mata sambil muraqabah dalam berzikir bagi memfokuskan hadrah zikr yang mulia.
Hadrah dimulakan dengan bacaaan fawatih kepada Rasulullah , sahabat, ahli bait , masyayikh sufi dan salsilah masyaikh. Kemudiannya munsyid akan berqasidah seterusnya akan dituruti zikir lailahillah dan Allah, Allah. Dengan gerakan yang sama dan mantap mengikut tempo dan lagu qasidah. Di dalam samar cahaya lampu bunyi zikir semakin kuat dan bertalu-tali. Para ahli hadrah semakin asyik dan zuq... hanya mereka yang merasainya dapat mengecapinya... ke kiri dan ke kanan tangan dihayun dan tubuh bergerak seterusnya ke depan dengan nafas keluar masuk dengan zikir. Semuanya tenggelam dalam kenikmatan zuq zikir,tenang dan tenteram . Gema munsyid dengan diikuti para ahli hadrah amat mengasyikkan dan mempesonakan.
Hadrah zikir merupakan antara satu amalan dalam tarekat bagi mengamalkan saranan al-Quran untuk berzikir dan berzikir secara berjemaah yang besar nafhahnya. Hanya mereka yang merasainya dapat ketahui hakikatnya. Rentak dan cara zikir pelbagai yang disusun oleh masyaikh sufi, walau apa cara ianya bermaksud menyatakan cinta kepada Allah dan Rasulullah secara mendalam dengan gerakan yang indah dan besar hikmahnya.
Mabuk cinta sebagaimana dinyanyikan kumpulan DEBU, namun hakikatnya sukar diungkapkan. Manefestasi cinta para ahli sufi begitu agung terhadap Allah dan Rasulnya... kerana agama tanpa cinta Saidina Rasulullah SAW apalah gunanya. Cinta ahli sufi merupakan cinta haq dan abadi, cinta sejati yang tidak boleh diungkapkan. Semoga para salik suci dan suci kalbunya...
Semoga nafsu dapat dimujahadahkan... dalam hadrah qasidah yang dinyanyikan mempunyai makna yang mendalam terhadap fahaman ulumuddin dan konsep mahabbah. Antaranya dinamakan Syarab al-waslโ€™ iaitu minuman orang yang sampai... hawa nafsu dapat dilawan hanya dengan izin Allah Taala melalui Rasulullah dan diwarisi oleh ulama mursyidin wali mursyid sebagaimana dinyatakan al-Quran. Setiap insan ingin menuju ke hadrah ketuhanan tidak boleh tidak melalui bimbingan ulama pewaris Rasulullah SAW. Bahasa dalam qasidah begitu indah dan mendalam maknanya, begitu daqiq tafsiran matannya. Sesunguhnya gerakan dalam hadrah banyak rahsianya dan segala gerakan mempunyai makna yang tersendiri dan maksudnya. Hadrah sufi iaitu gabungan qasidah, tepukan, zikir, tarik keluar nafas amat unik dan mengasyikkan yang diwarisi sejak berzaman secara warisan. Yang bermula lebih 1,400 tahun yang lalu. Semua bersuara-suara, gerakan dengan rasa kalbu (zikr) menuju Allah. Roh disegarkan dengan zikr secara beramai-ramai dan madad nazrah yang besar melalui salsilah masyaikh sehinggga Sufi pertama Saidina Rasulullah SAW.
Matlamat tarekat bagi membersihkan kalbu dan menuju keredhaan Allah bagi menjadi hambanya yang hakiki. Semoga hidup ini ada maknanya. Hadrah sufi jika dihidupkan dan disuburkan amat besar manfaatnya kalau diketahui sedangkan para malaikat amat memuliakannya dan senantiasa mencari dimana terdapatnya majlis zikr. Semoga dengan ini roh Islam kembali bersinar, ajaran batil akan mudah terhapus dan terhindar. Manfaat majlis ini akan diperoleh semua umat Islam dekat dan jauh. . ilmu dan tarbiah menjadi manhaj para ulama sufi. Kerana tarbiah amat penting disamping adab dan ilmu kalangan salik. Kerana musuh utama manusia nafsu, syaitan dan tipudaya duniawi..
Hakikat ahli sufi merupakan pewaris kepada Rasulullah, merekalah mewarisi ilmu, akal, roh dan material yang sebenar. Alam ini mesti begerak dan menari dengan seni hadrah zikir sufi dengan sebenarnya kerana melaksanakan tututan yg diajarkan al-Quran dan sunnah serta kembali kepada fitrah dan sunnatullah.....

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata Hikmah Dari Ulama' Mu'tabar

Berikut adalah kata-kata hikmah dari golongan yang boleh diambil sebagai iktibar hidup:-    kata-kata hikmah Sayidina Abu Bakar: 1.Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan dengan sesuatu daripada perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu. 2.Moga-Moga aku jadi pokok kayu direntas kemudian dimakan. 3.Dia berkata kepada para sahabat:Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu,tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku kalau aku terlaku lurus maka ikutilah aku tetapi aku menyeleweng maka betulkan aku. kata-kata hikmah Sayidina Umar: 1.Jikalau tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan dengan membawa seekor kambing untuk dipanggang untuk kami di depan pembakar roti. 2.Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak dapat dilihat marahnya.Dan barangsiapa takutkan Allah,tidak sia-sia apa yang dia hendak. 3.Wahai Tuhan ,jangan Engkau menjadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di at...

Kajian Tentang Siasah Tanah Air

Tajuk hangat di h-net iaitu โ€˜One Ummah โ€ฆโ€™ dan di jihad egroup iaitu pemisahan politik dgn islam saya rasakan amat sinonim. Justeru itu izinkan saya memberikan pendapat, dan terlebih dahulu saya memohon maaf jika pendapat saya ini menyinggung mana-mana pihak. 1. Kebanyakkan org bila disebut politik, maka secara otomatik akan mengaitkannya dgn parti-parti politik. Bagi mereka, politik hanya berkisar kpd parti politik, undi dan p/raya. Mereka yg tidak terlibat dgn parti politik maka akan dikatakan tidak berpolitik. Sebenarnya, kalau politik atau siasah itu dikaitkan dgn satu kaedah / strategi pentadbiran dan pengurusan, maka secara tak langsung kita semua sedang berpolitik. Bagaimana kita mengurus jemaah, mengurus organisasi, menyusun strategi pemasaran, mentadbir personel, hatta pengurusan r/tangga juga semuanya itu dikatakan berpolitik. Bukankah setiap individu menjadi pemimpin, sekurang-kurangnya kpd keluarga atau diri sendiri? 2. Bila merujuk kpd politik demokrasi bagi merebut kekuas...

Mengenal Kembali Si Busuk Muhammad bin Abdul Wahhab

Muhammad bin Abdul Wahhab, setan berwajah manusia ini kononnya berasal dari keluarga yang mulia. Ayahnya, Syeikh Abdul Wahhab dan saudaranya, Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab, adalah dua orang yang dianggap soleh oleh pemuka-pemuka agama setempat. Berbeda dengan Muhammad bin Abdul Wahhab yang diakui sesat dan menyesatkan oleh majoriti ulama sedunia. Baca saja kitab " Fitnah al-Wahhabiyah " karya Syeikh Ahmad bin Dahlan al-Makki al-Syafi'i, sang mufti Makkah yang wafat pada tahun 1304 H. Beliau suka menyebut Muhammad bin Abdul Wahhab dengan sebutan " al-Khabits " yang artinya "Si Busuk". Syeikh Ahmad bin Dahlan al-Makki al-Syafi'i menceritakan bahwasanya Muhammad bin Abdul Wahhab sejak dini telah diprediksikan sesat oleh ayah, saudara dan guru-gurunya. Jauh sebelum Muhammad bin Abdul Wahhab meraih popularitinya di Saudi dan dunia, para ulama sekitar telah memberikan warning kepada umat agar berhati-hati darinya, dan ternyata betul apa yang mereka...