Skip to main content

Hakikat Pemakaian Niqab Bagi Muslimah

 Diedit Oleh: Ibn Dahlan Al-Hajj,Ps.




"Niqab, sehelai kain yang tak relevan", demikian ungkapan seorang  mahasiswi al-Azhar, dalam presentasinya ketika majlis IKSA (Ikatan Keluarga Santri al-Ihya' Ulumiddin) Mesir, Khamis 30 Oktober 2008 yang lalu.

Beliau menjelaskan: "Bukan saatnya lagi memperdebatkan hukum memakai niqab bagi wanita muslimah. Jumhur ulama telah bersepakat bahawa pemakaian niqab adalah tidak wajib menurut syariat islam. Wajah wanita bukanlah aurat, begitu juga tangannya, demikian pula suaranya. Dalam shalat yang merupakan tiang agama, wanita tidak diharuskan memakai niqab. Bahkan dalam ibadah haji, justeru diharamkan bagi wanita memakai niqab dan sarung tangan. Padahal, ketika haji dilaksanakan, percampuran lelaki dan perempuan terjadi secara besar-besaran dan di lokasi yang amat sempit. Bagi mereka yang berniqab dengan alasan mencegah fitnah dan godaan lelaki, bukankah dalam mengerjakan ibadah haji fitnah dan godaan itu lebih dikuatirkan?!" bidasnya.

"Di sudut lain, kalau memang pemakaian niqab adalah untuk mencegah fitnah dan godaan lelaki miang, maka kaum lelaki itulah yang sepatutnya memakai niqab. Al-Qur'an menceritakan Siti Zulaikha yang terus-menerus menggoda Nabi Yusuf dan sejumlah wanita yang memotong tangannya tanpa disedari sewaktu melihat ketampanan wajah beliau. Tidak ada perintah mahupun sebatas anjuran bagi Nabi Yusuf untuk memakai niqab!! Dan di akhir zaman ini wanita lebih ramai dan lebih miang terhadap lelaki. Tidak ada satupun lelaki yang perlu memakai niqab!!" ujarnya.

"Terdapat beberapa kritikan, asumsi dan tanda tanya lain yang cukup menarik dari pihak lelaki tentang niqab, di antaranya apakah wanita yang berniqab su'uzzon sejauh itu terhadap lelaki di sekelilingnya sehingga perlu mamakai niqab?! Selain itu sebahagian lelaki pula ada yang mengeluh kerana hendak menikah dan melakukan khitbah atau mukaddimah khitbah, namun terdapat kesulitan  disebabkan majoriti wanita di hadapannya berniqab!! atau mungkin saja wanita yang dicarinya kebetulan berniqab!! Kerana dalam manhaj kita, Mazhab Syafi'e disyariatkan mukaddimah khitbah agar tidak mengecewakan kaum hawa, maka niqab adalah salah satu penghalang terjadinya mukaddimah khitbah dan salah satu sebab yang dapat mengecewakan kaum wanita" tambahnya.

Beliau akhirnya menutup dan membuat konklusi presentasinya tentang isu pemakaian niqab ini dengan sebuah pernyataan: "Apapun asumsi dan persepsi orang, niqab tetaplah sehelai kain yang tidak dianjurkan (tidak diwajibkan) Islam. Niqab tetaplah kain yang dilarang (diharamkan) Islam ketika pelaksanaan upacara ritual yang paling riskan (haji)! Semoga dapat menjadi bahan renungan".

Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi pun selaku Syeikul Masyaikh atau Raisul Jami’ah Universiti Al-Azhar, Mesir
menegaskan bahawa pemakaian niqab tersebut tidak ada hubungannya dengan Islam, niqab hanyalah tradisi Arab klasik dan sama sekali bukan sebahagian dari ajaran Islam. Seterusnya, Prof. Dr. Abdul Mu'thi al-Bayyumi, Anggota Dewan Riset Al-Azhar, mengingatkan bahwa "Taliban lah yang telah memaksa perempuan untuk mengenakan niqab. Fenomena ini telah menyebar dan menjadi trend, dan itu harus kita hadapi. Waktunya telah tiba!.".

Nah, pada halaman ini, penulis hanya ingin mengetengahkan beberapa efek sampingan dan natijah buruk akibat pemakaian niqab dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat. Pernyataan ini sepenuhnya penulis kutip dari sebuah kitab berjudul "Al-Wahhabiyyah wa al-Shufiyyah wa al-Muqaddasat" terbitan Dewan Penelitian dan Pengembangan Thariqah Azmiyah di Mesir. Mari kita semak bersama bahaya-bahaya niqab tersebut :

Pertama, niqab secara sistematik dapat memutuskan tali silaturrahim, kerana seseorang tidak dapat mengenal isteri-isteri pakcik-pakciknya mahupun adik beradik perempuan isterinya, sehingga jarak antara sesama keluarga menjadi semakin menjauh.

Kedua, niqab sangat membatasi dan menodai kelancaran interaksi sosial, karena Saidina Ali pernah menyatakan bahwa "Tidaklah seseorang menyembunyikan sesuatu dalam hatinya kecuali akan tampak melalui tutur kata dan raut wajahnya". Selanjutnya, jikalau terjadi sesuatu atau kecelakaan, bagaimana dapat mengenal profil wanita yang terlibat apabila ia berniqab?! Bukan itu sahaja, Imam Ahmad bin Hanbal juga telah menfatwakan: "Apabila seorang lelaki berniaga bersama seorang wanita, maka ia harus memandang wajahnya agar lebih mengenalinya". Maka sekali lagi, niqab adalah penghambat dan pengganggu kelancaran interaksi sosial dalam bermuamalat.

Ketiga, niqab dapat membebaskan pemakainya melakukan hal-hal terlarang, sebab seorang wanita tidak berniqab sentiasa berhati-hati terhadap pengawasan masyarakat sekitarnya. Berbeza halnya dengan seorang wanita penagih dadah  berniqab yang tidak dapat dilihat oleh sesiapapun, ia boleh melakukan apapun, bila dan dimanapun.

Keempat, niqab tidak selalu mendukung keamanan dan kemaslahatan, sebab pengkhianatan rumah tangga berleluasa terjadi akibat penyalahgunaan niqab, salah satu contohnya perselingkuhan berantai di Arab Saudi dan juga Mesir.

Kelima, niqab menciptakan sebuah doktrin bahawa pemeliharaan pandangan mata (Ghoddul Bashor) bersifat mustahil, dan seakan-akan setiap lelaki pasti hendak berzina apabila melihat wajah lawan jenisnya. Hal ini tentunya kontra dengan fitrah agama.

Keenam, niqab cukup mendukung berkembangnya penyakit homoseksual, dimana penyakit tersebut dapat berkembang dengan dua sebab iaitu :
a) Adanya pembatas yang amat tebal antara lelaki dan wanita, dan
b) Dahsyatnya free sex sehingga membuat seseorang ingin menyicipi sesama jenisnya.
Tentunya penyakit homoseksual sangatlah minim bahkan hampir tidak ada dalam masyarakat yang moderat tanpa adanya pembatas-pembatas yang keterlaluan dan tanpa adanya kebebasan fatal dalam pergaulan.

Ketujuh, menurut laporan kedoktoran, niqab dapat melemahkan paru-paru dan mata, sebab pengguna cadar cukup banyak menghirup karbon dioksida sehingga mengakibatkan paru-paru mengalami risiko asma. Di waktu yang sama, wap pernafasan yang keluar dari dalam mulut dan hidungnya naik ke atas sehingga amat merbahaya bagi kesihatan mata. Ia telah terbukti kesahihannya!

Pembaca yang budiman, mari kita resapi hikmahnya mengapa Islam tidak menggariskan wajah wanita sebagai aurat tidak lain adalah demi kemaslahatan wanita itu sendiri. Akhirnya, Islam agama yang memudahkan dan menyelamatkan, bukan agama yang mempersulit dan memudharatkan..!! 



“Yuridullahu bikumul yusra wa la yuridu bikumul ‘usra”.Wallahu Ta'ala A'lam..
Jazakumullahu khairan kathiran, fi amanillah..”
Keep Istiqamah in Mujahadah and Dzikrullah always”_Pejuang Sahrawi











Comments

Popular posts from this blog

‘Mati’ sebelum Engkau Mati (Jalaluddin Rumi)

Tafsiran Muutu Qabla anta Muutu : Rumi (’Mati’ sebelum Engkau Mati) Kau sudah banyak menderita Tetapi kau masih terbalut tirai’ Karena kematian adalah pokok segala Dan kau belum memenuhinya Deritamu tak kan habis sebelum kau ‘Mati’ Kau tak kan meraih atap tanpa menyelesaikan anak tangga Ketika dua dari seratus anak tangga hilang Kau terlarang menginjak atap Bila tali kehilangan satu elo dari seratus Kau tak kan mampu memasukkan air sumur ke dalam timba Hai Amir, kau tak kan dapat menghancurkan perahu Sebelum kau letakan “mann” terakhir… Perahu yang sudah hancur berpuing-puing Akan menjadi matahari di Lazuardi Karena kau belum ‘Mati’, Maka deritamu berkepanjangan Hai Lilin dari Tiraz, padamkan dirimu di waktu fajar Ketahuilah mentari dunia akan tersembunyi Sebelum gemintang bersembunyi Arahkan tombakmu pada dirimu Lalu ‘Hancurkan’lah dirimu Karena mata jasadmu seperti kapas di telingamu… Wahai mereka yang memiliki ketulusan… Jika ingin terbuka ‘tirai’ Pilihlah ...

Saidatina Rabi'atul Adawiyah dan Pedoman Ibadahnya

Wanita Yang Menggetarkan Sejarah Islam Pada suatu malam, seorang wanita keluar rumah dengan membawa obor yang menyala-nyala di tangan kanannya dan sebaldi air di tangan kirinya. Ia pergi mengelilingi kampung dengan berteriak sangat keras, “Wahai manusia, seandainya engkau beribadah kepada Allah dan mengharapkan syurga. Maka, biarkan syurga itu kubakar dengan api ini! Dan, apabila engkau menjauhi maksiat oleh sebab takut akan neraka. Maka, biarkan neraka itu kusiram dengan sebaldi air yang ada di tangan kiriku…..!” Siapakah Wanita yang berani menimbulkan kesedaran orang-orang di sekitarnya, dan mungkin juga kita? Siapa lagi kalau bukan Rabi’ah Adawiyah. Ya, Rabi’ah Adawiyah. Seorang Wanita suci yang sepanjang hayatnya mengajarkan cara beribadah kepada Allah dengan motif cinta yang tulus kepadaNya. Ia adalah seorang sufi yang membawa corak baru dalam penghayatan Islam melalui ajaran Cinta. Seluruh ajaran Islam dilaksanakan bukan sebab, “Ini semua kerana perintahNya dan harus dilaksa...

THE LETTER FROM SYAITAN

This letter is from the fren of the fren of the fren of the fren of mine.. Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu .Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya .Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu...