Skip to main content

Saidatina Rabi'atul Adawiyah dan Pedoman Ibadahnya


Wanita Yang Menggetarkan Sejarah Islam

Pada suatu malam, seorang wanita keluar rumah dengan membawa obor yang menyala-nyala di tangan kanannya dan sebaldi air di tangan kirinya. Ia pergi mengelilingi kampung dengan berteriak sangat keras, “Wahai manusia, seandainya engkau beribadah kepada Allah dan mengharapkan syurga. Maka, biarkan syurga itu kubakar dengan api ini! Dan, apabila engkau menjauhi maksiat oleh sebab takut akan neraka. Maka, biarkan neraka itu kusiram dengan sebaldi air yang ada di tangan kiriku…..!”

Siapakah Wanita yang berani menimbulkan kesedaran orang-orang di sekitarnya, dan mungkin juga kita? Siapa lagi kalau bukan Rabi’ah Adawiyah. Ya, Rabi’ah Adawiyah. Seorang Wanita suci yang sepanjang hayatnya mengajarkan cara beribadah kepada Allah dengan motif cinta yang tulus kepadaNya. Ia adalah seorang sufi yang membawa corak baru dalam penghayatan Islam melalui ajaran Cinta. Seluruh ajaran Islam dilaksanakan bukan sebab, “Ini semua kerana perintahNya dan harus dilaksanakan untuk mengharap syurgaNya”, bukan pula kerana, “Itu harus dijauhi kerana takut akan azab siksaNya.” Namun, ia melaksanakan perintah dan menjauhi semua laranganNya sebab cinta yang sebenar-benarnya cinta (al-hubb haqq al-hubb).

Bukankah seorang pecinta akan berhias rapi dan wangi dalam shalatnya, melebihi saat pertemuan dengan orang yang paling dicintainya sekalipun? Bahkan, kerap kali ia menangis dalam shalatnya. Titisan air mata pecinta ini adalah bentuk ungkapan kerinduan, kecintaan, dan kebahagiaan kala “berjumpa” denganNya.

Dengarkan, kata-kata Rabi’ah yang terbentuk dalam alunan puisinya :

Ya Tuhanku!
Tenggelamkan aku dalam kecintaanMu
Sehingga tiada suatupun yang dapat memalingkan aku dariMu
Kekasihku tiada menyamai kekasih lain niar bagaimanapun
Tiada selain Dia dalam hatiku mempunyai tempat manapun
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun
Akan tetapi, Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedikitpun.

Aku mencintaiMu…
Oh, Tuhan tercinta…
Dengan cinta penuh kesenangan
Kerana Engkaulah yang penuh kesenangan
Adapun cinta hawa
Maka aku sibuk mengingatMu daripada yang lain
Kuharap Kau bukan tabir untukku
Hingga aku dapat memandangMu
Maka ujian yang ini dan itu bukan untukku
Melainkan hanya untukMu.


Bagi Rabi’ah, bukan cinta apabila penghambaan manusia ada imbalannya. Dan bukan pula cinta, apabila ibadah manusia memiliki motif-motif duniawi, sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith dari Abu Hurairah ra yang menceritakan bahawa ada orang-orang berkelompok bertanya kepadanya, “Wahai Tuan, ceritakan kepadaku sebuah hadith yang engkau dengar langsung dari Rasulullah!”. “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya, orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Ia didatangkan dan ditanyakan akan nikmat-nikmatnya, lalu ia mengakuinya. Allah SWT berfirman kepadanya, ‘Apakah yang kamu amalkan di dunia ini?’ Ia menjawab, ‘Saya berperang hingga mati syahid.’ Allah menjawab, ‘Kamu berdusta, tetapi kamu berperang supaya orang-orang berkata bahwa engkau pemberani dan itu telah dikatakannya.’ Lalu Allah SWT memerintahkan agar wajahnya ditarik, kemudian dilemparkan ke dalam api neraka.

‘Berikutnya adalah orang yang mempelajari ilmu, mengajarkannya, dan suka membaca al-Qur’an didatangkan kepadaNya. Nikmat-nikmatnya ditanyakan dan ia mengakuinya. Allah berkata, ‘Apakah yang kamu kerjakan di dunia ini?’ Ia menjawab, ‘Saya mepelajari ilmu dan suka membaca al-Qur’an keranaMu.’ Allah SWT berfirman, ‘Kamu berdusta kerana kamu mempelajari ilmu supaya orang-orang mengatakan bahwa kamu pandai dan ahli dalam bidang al-Qur’an dan semua tu telah diucapkan oleh mereka.’ Allah pun memerintahkan agar ia dicampakkan ke dalam api neraka.

‘Selanjutnya, orang yang diberikan kelapangan oleh Allah dan diberi berbagai macam harta akan didatangkan dan ditanyakan atas nikmat-nikmatnya, dan ia mengakuinya. Allah SWT berfirman, ‘Apakah yang kamu kerjakan di dunia?’ Ia menjawab, ‘Saya tidak meninggalkan jalan yang Engkau senangi untuk menginfaqkan harta, melainkan saya menginfaqkannya keranaMu.’ Allah menjawab, ‘Kamu berdusta, tetapi kamu mengerjakannya supaya kamu dikatakan sebagai orang dermawan dan itu telah dikatakannya.’ Allah lalu memerintahkan agar wajahnya ditarik dan dilemparkan ke dalam api neraka.” (HR. Muslim).

Na’udzubillah min dzalik! Itulah nasib manusia yang beribadah beradsarkan motif duniawi, dan ironisnya itu sering menjangkiti kita! Kini, masihkah kita tidak tahu manakala beribadah kerana motif dunia, maka yang rugi – baik waktu, material, mahupun tenaga – adalah diri kita? Andai kata kita berhaji, haji kita hanyalah menghambur-hamburkan wang dan mustahil dapat diterima. Kalau kita bershadaqah, berzakat, berinfaq, maka akan sia-sia, yang ada harta kita berkurang. Tetapi, inilah yang sering kita lakukan.

Sesungguhnya, apabila kita ingin menghayati perintah-perintah agama dan aturan-aturannya, maka kita akan mendapati bahawa ia sebenarnya indah. Keindahan agama itu tentu mustahil didapatkan apabila kita masih saja beribadah kepada Allah karena terpaksa atau memiliki motif-motif duniawi yang rendah, bukan kerana kita mencintaiNya.

Setiap ajaran agama yang diperintah Allah tidak lain hanyalah bertujuan untuk menguji seberapa cinta kita kepadaNya. Apakah kita melakukan amal shalih karena cinta kepadaNya ataukah sebab terpaksa? Tuhan bisa diibaratkan majikan, bos, atau pimpinan, maka manakala kita melakukan tugas yang diberikannya itu kerana terpaksa, takut akan hukumannya, atau mengharapkan gaji lebih tinggi darinya, itu bererti kalau tidak ada saksi atau hukuman dan tidak diberikan imbalan yang tinggi, kerja kita akan maksima. Dia tentu bukan pekerja yang baik, kerana bekerja ada motifnya.

Lalu, apakah beribadah untuk mengharapkan pahala dan takut akan siksaNya itu tidak diperbolehkan? Boleh! Tuhan itu tidak seperti bos Anda yang kalau Anda sudah bekerja keras pun, gajinyanya sering kali tidak dinaikkan, bahkan tak jarang malah dipotong, Tuhan tidak juga seperti majikan Anda yang kalau Anda telah disiplin dan tertib dalam bekerja, gaji Anda pun masih sering telat diberikan.

Tidak mengapa beribadah mengharapkan syurga dan takut akan neraka sebagai motivasi dalam melakukan amal shalih. Secara fiqh (hukum Islam) tidak ada masalah, ini hanya wilayah tingkatan (maqam) spiritual saja dalam beribadah.

Saidina Ali bin Abi Thalib kwj mengungkapkan, “Apabila hamba beribadah kepada Allah, dan ia ingin mendapatkan imbalan serta menjauhi maksiat sebab takut akan mendapatkan siksa, itu tidak lain adalah cara ibadah kaum pedagang. Sebab, ia masih memperhitungkan untung dan ruginya. Apabila hamba beribadah kepada Allah kerana akut akan siksaNya, maka itu tidak lain adalah cara ibadah para hamba sahaya. Dan, ada sekelompok kecil hamba yang beribadah kerana cinta suci kepadaNya, itulah ibadahnya mukmin sejati.”

Golongan manusia pertama dan kedua yang digambarkan oleh Saidina Ali itulah yang sering kita lakukan. Oleh itu, sangat wajarlah apabila Rabi’ah mengusik kesedaran motif beribadah kita hingga kini. Rabi’ah pada dasarnya mengajak kita supaya beribadah tidak kerana motif dan maksud tertentu demi meraih syurga dan menghindar dari neraka, apalagi yang sangat menjijikkan, yakni beribadah dengan tujuan utnuk kepuasan dunia, ingin disebut dermawan, orang shalih, ingin mendapatkan jawatan tertentu, mendapat sokongan politik tertentu, dan lain-lain.

“Madzhab cinta” ini telah banyak memberikan inspirasi bagi tokoh-tokoh sufi kenamaan yang hidup sesudahnya, misalnya Farid ad-Din al-Athar, Ibnu al-Farid, al-Hallaj, Jalaluddin Rumi, dan sebagainya. Muhammad Iqbal, seorang filsuf dari Pakistan, juga mengikuti jejak tokoh ini, ia menggunakan maqam cinta sebagai komponen untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Marilah kita berdoa kepada Allah supaya tidak pernah putus dari cintaNya. Disamping itu, kita berusaha keras untuk beribadah kerana mencintaiNya. Kemudian, kita lanjutkan dengan doa yang menggetarkan jiwa, seperti halnya doa Saidina Ali saat bermunajat kepadaNya :

Ilahi…
Apakah orang yang telah mencicipi manisnya cintaMu
Akan menggantikan pengganti selainMu
Apakah orang yang telah bersanding di sampingMu
Akan mencari penukar selainMu

Ilahi…
Jadikan kami diantara yang Kau pilih untuk pendamping dan kekasihMu
Yang Kau ikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasihMu
Yang Kau rindukan untuk dating menemuiMu
Yang Kau ridhakan (hatinya) untuk menerima qadhaMu
Yang Kau anugerahkan (kebahagiaan) melihat wajahMu
Yang Kau limpahkan keridhaanMu
Yang Kau lindungi dari pengusiran dan kebencianMu
Yang Kau persiapkan baginya kedudukan shiddiq disampingMu
Yang Kau istimewakan dengan ma’rifatMu
Yang Kau arahkan untuk mengabdiMu
Yang Kau tenggelamkan hatinya dalam iradahMu
Yang Kau pilih untuk menyaksikanMu
Yang Kau kosongkan dirinya untukMu
Yang Kau bersihkan hatinya untuk (diisi) cintaMu
Yang Kau bangkitkan hasratnya mengingatMu
Yang Kau dorong kepadanya mensyukuriMu
Yang Kau sibukkan dengan ketaatanMu
Yang Kau jadikan dari makhlukMu yang shalih
Yang Kau pilih untuk bermunajat kepadaMu
Yang Kau putuskan daripadanya segala sesuatu
Yang memutuskan hubungan denganMu

Ya Allah…
Jadikan kami diantara orang-orang
Yang kedambaannya adalah mencintai dan merindukanMu
Nasibnya hanya merintih dan menangis
Dahi-dahinya sujud karena kebesaranmu
Mata-matanya terjaga dalam mengabdiMu
Air matanya mengalir kerana takut kepadaMu
Hati-hatinya terikat pada cintaMu
Kalbu-kalbunya terpesona dengan kehebatanMu

Wahai Yang cahaya kesucianNya bersinar
Dalam pandangan para pencintaNya
Wahai Yang kesucian wajahNya membahagiakan hati pada pengenalNya
Wahai Kejaran Kalbu para perindu
Wahai Tujuan Cita para pencinta

Aku memohonkan cintaMu
Dan, cinta orang yang mencintaiMu
Dan, cinta amal yang membawaku ke sampingMu

Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selainMu
Jadikan cintaku kepadaMu membimbingku pada ridhaMu
Kerinduanku kepadaMu mencegahku dari maksiat atasMu
Anugerahkan padaku memandangMu
Tataplah diriku dengan tatapan kasih saying
Jangan palingkan wajahMu dariku
Jadikan aku dari penerima anugerah dan karuniaMu
Wahai Pemberi ijabah
Ya Arhamarrahimin…
          

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata Hikmah Dari Ulama' Mu'tabar

Berikut adalah kata-kata hikmah dari golongan yang boleh diambil sebagai iktibar hidup:-    kata-kata hikmah Sayidina Abu Bakar: 1.Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan dengan sesuatu daripada perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu. 2.Moga-Moga aku jadi pokok kayu direntas kemudian dimakan. 3.Dia berkata kepada para sahabat:Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu,tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku kalau aku terlaku lurus maka ikutilah aku tetapi aku menyeleweng maka betulkan aku. kata-kata hikmah Sayidina Umar: 1.Jikalau tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan dengan membawa seekor kambing untuk dipanggang untuk kami di depan pembakar roti. 2.Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak dapat dilihat marahnya.Dan barangsiapa takutkan Allah,tidak sia-sia apa yang dia hendak. 3.Wahai Tuhan ,jangan Engkau menjadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di at...

Kajian Tentang Siasah Tanah Air

Tajuk hangat di h-net iaitu ‘One Ummah …’ dan di jihad egroup iaitu pemisahan politik dgn islam saya rasakan amat sinonim. Justeru itu izinkan saya memberikan pendapat, dan terlebih dahulu saya memohon maaf jika pendapat saya ini menyinggung mana-mana pihak. 1. Kebanyakkan org bila disebut politik, maka secara otomatik akan mengaitkannya dgn parti-parti politik. Bagi mereka, politik hanya berkisar kpd parti politik, undi dan p/raya. Mereka yg tidak terlibat dgn parti politik maka akan dikatakan tidak berpolitik. Sebenarnya, kalau politik atau siasah itu dikaitkan dgn satu kaedah / strategi pentadbiran dan pengurusan, maka secara tak langsung kita semua sedang berpolitik. Bagaimana kita mengurus jemaah, mengurus organisasi, menyusun strategi pemasaran, mentadbir personel, hatta pengurusan r/tangga juga semuanya itu dikatakan berpolitik. Bukankah setiap individu menjadi pemimpin, sekurang-kurangnya kpd keluarga atau diri sendiri? 2. Bila merujuk kpd politik demokrasi bagi merebut kekuas...

KATA SELEMBAR KERTAS SEPUTIH SALJU

Kata selembar kertas seputih salju,"Aku tercipta secara murni, kerana itu aku akan tetap murni selamanya. Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi abu putih daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh sesuatu yang kotor." Tinta botol mendengar kata kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam, tapi tak berani mendekatinya. Pensil-pensil beraneka warna pun mendengarnya, dan mereka pun tak pernah mendekatinya. Dan selembar kertas yang seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya -suci dan murni- dan kosong. :+: Khalil Gibran :+: TANYA SANG ANAK Konon pada suatu desa terpencilTerdapat sebuah keluargaTerdiri dari sang ayah dan ibuSerta seorang anak gadis muda dan naif!Pada suatu hari sang anak bertanya pada sang ibu!Ibu! Mengapa aku dilahirkan wanita?Sang ibu menjawab,"Kerana ibu lebih kuat dari ayah!"Sang anak terdiam dan berkata,"Kenapa jadi begitu?"Sang anak pun bertanya kepada sang ayah!Ayah! Kenapa ibu lebih kuat da...